Loading...
.
Home » » Takut, Malu Punca Remaja Buang Bayi

Takut, Malu Punca Remaja Buang Bayi

01 May 2012

KUALA LUMPUR: Sebilangan besar individu yang terbabit dengan kes pembuangan bayi dikesan berusia antara 18 hingga 25 tahun mengikut statistik bermula 2004 hingga 2009 yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Saei Kie berkata, sebanyak 20 kes dikesan PDRM membabitkan individu berusia bawah 18 tahun dan sebanyak 33 kes buang bayi dicatatkan individu berumur 25 tahun ke atas, manakala 403 individu gagal dikesan peringkat umur mereka.

Katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang.

Faktor lain yang turut dikenal pasti adalah kerana perasaan takut dan malu oleh remaja dan wanita yang hamil luar nikah kerana tidak mendapat sokongan keluarga dan masyarakat mengenai kehamilan mereka.

Pembuangan bayi juga disebabkan kurang pendidikan agama dan nilai murni serta tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sosial yang disediakan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO), katanya.

Sementara itu, PDRM menyarankan satu kajian dan perbincangan lebih mendalam dilakukan pelbagai pihak sebelum sebarang peruntukan undang-undang sedia ada diperketat dan dikuat kuasakan bagi membendung penularan gejala seks bebas yang mendorong berlaku pembuangan bayi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata usaha menangani gejala sosial golongan muda ketika ini perlu diteliti bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mengelak kes itu daripada berleluasa.
Sebagai contoh, katanya, cadangan menguatkuasakan larangan remaja bawah umur 18 tahun keluar rumah selepas jam 12 malam, perlu dibincangkan dengan mendalam kerana ia membabitkan hak kebebasan individu.

Tidak salah jika remaja keluar lewat malam bersama keluarga tetapi jika keluar bersendirian atau bersama kawan, tidak bermakna mereka membuat perkara tidak elok, katanya.

Sebenarnya, tidak kira malam atau siang, polis mempunyai hak secara sah untuk memeriksa sesiapa saja yang mencurigakan termasuk golongan remaja, katanya.

Ismail berkata, polis sedia menguatkuasakan undang-undang ditetapkan dan terpulang kepada pihak berkaitan untuk menggubal undang-undang yang difikirkan perlu.

Sumber : Bharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen..

Followers

SILALAH KLIK IKLAN YANG DIPAPARKAN..

Popular Posts

PENAFIAN :

Saya adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini. Iklan-iklan yang dirujuk dalam laman blog ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh saya...

  © LAMAN UTAMA Dicipta oleh Rizal Yusof 2009

Kembali ke ATAS