Loading...
.
Home » » Tanda-Tanda Mati Yang Buruk

Tanda-Tanda Mati Yang Buruk

28 December 2010

Semua orang pasti akan mati.Ada dua keadaan; pertama orang mati dengan kesudahan yang baik,yang akan mendapat ganjaran syurga . Ada orang akan mati dengan kesudahan buruk yang akan mendapat balasan neraka.

Dalam kitab Al Kaba'ir susunan Imam Syamsudin Az Zahabi beliau telah menyenaraikan beberapa perbuatan manusia yang dianggap dosa besar yang boleh menyebabkan mereka mati dengan kesudahan yang buruk. Artikel kali ini akan menurunkan beberapa perbuatan yang disenaraikan oleh imam berkenaan untuk menungan dan ingatan pembaca.

Menyelidiki dan menyebar rahsia orang lain.

Menyelidiki dan menyebarkan rahsia orang lain kepada umum dalam istilah syariat disebut "tajassus". Erti tajassus ialah membahas atau membincang (aib dan kecelaan orang Islam) perbuatan tersebut adalah dicela dalam Islam dikutuk oleh Allah. Nabi SAW mengancam perbuatan tajassus. Daripada Mu'auwiyyah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jika engkau selalu menyelidiki kesalahan (aib) kaum muslimin bererti engkau telah merosakan mereka atau hampir merosakan mereka" (Riwayat Abu Daud) Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda lagi, "Barangsiapa mendengar cerita (keburukan) sesuatu kaum maka diakhirat Allah akan menuangkan timah yang telah dicairkan kedalam telinganya." (Al-Bukhari)

Mengadu domba

Mengadu domba atau dalam istilah syariat disebut "namman" ialah perbuatan memfitnah (melagakan) diantara satu sama orang dengan satu orang yang lain atau satu golongan dengan golongan yang lain bertujuan diantara mereka saling bermusuhan dan membenci. Orang yang membawa berita kepada satu orang atau kepada satu golongan kemudian ia pergi pula kepada orang atau golongan yang lain untuk supaya mereka saling bermusuhan ialah berdosa besar. Kadang-kadang cerita yang dibawa itu cerita benar,tetapi diantara seorang dengan seorang atau diantara satu golongan dengan golongan yang lain tidak patut ketahui atau kadang-kadang cerita itu sengaja dicipta untuk supaya kedua pihak bergaduh. Sama ada cerita itu benar atau tidak, sekiranya kita sampaikan (ceritakan)mereka boleh bermusuhan maka ia dianggap 'adu domba'.
Di dalam Al-Quran surah Al-Qalam ayat 10-11 Allah melarang perbuatan mengadu domba dan diancam dengan neraka. Sementara Rasulullah SAW pula dalam sebab-Nya telah bersabda, maksudnya, "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba (kesana kemari menyibar fitnah)." (Abu Daud dan At Tirmizi)

Mengutuk sesama Muslim

Terhadap sesama muslim kita diwajibkan menjaga hati dan menjaga hubungan persaudaraan dan dilarang memecahkan ukhwah. Perbuatan mengutuk dan mencaci boleh memecahkan ukhwah. Oleh sebab itu Allah melarang kita mengutuk sesama muslim walaupun ia melakukan kesalahan. Kalau kita dapati ada orang muslim melakukan kesalahan, kita diwajibkan menasihati dengan baik. Bukan mengutuknya lebih-lebih lagi dihadapan umum pula. Nabi SAW bersabda maksudnya, "Mencaci sesama Islam termasuk perbuatan Fasiq dan membunuh menjadi kafir." (Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah pula meriwayatkan hadis bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidaklah seorang yang beriman itu suka mencerca (mengutuk) menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk,berbuat keji dan bercakap tidak sopan." (Muslim). Hadis ini jelaskan bahawa orang yang beriman tidak melakukan kerja-kerja tersebut. Akan tetapi sekiranya kita dapati ada orang yang mengakui Islam atau beriman,tetapi ia bukanlah tergolong dalam golongan orang yang beriman.

Mencaci dan menyakiti hati sesama Islam.

Termasuk orang yang menyakiti hati orang muslim ialah mereka yang mencipta cerita tidak benar (fitnah) dan menyibarkan berita bohong itu keserata tempat,merosakan nama baik seseorang muslim,membongkar rahsia peribadi (yang disembunyikan) menjatuhkan martabat dan kedudukannya didalam masyarakat dan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap nya dan lain-lain sama ada menyentuh peribadinya, keluarganya dan keturunannya atau nasabnya atau agamanya. Segala perbuatan yang boleh menyakiti hati orang muslim sama ada dilakukan melalui percakapan,tulisan, sindiran dan hatta jelingan mata yang menyentuhi hatinya,semuanya termasuk dalam dosa besar dan di akhirat disiksa di dalam neraka. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran, "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin,lelaki atau wanita tanpa kesalahan yang mereka perbuat,maka sesungguhnya mereka itu telah melakukan kebohongan dan dosa yang nyata." (Surah Al-Ahzab ayat 58) Firman Allah SWT lagi bermaksud: "Hai orang yang beriman,janganlah salah satu kaum mengejek-ngejek kaum yang lain,kerana mungkin kaum yang diejek itu lebih baik daripada yang mengejek dan janganlah para wanita itu mengejek para wanita yang lain boleh jadi wanita yang kena ejek itu lebih baik daripada yang mengejek. Janganlah kamu mencela diri kamu sendiri. Janganlah kamu menggelar seseorang dengan gelaran yang jelek. Seburuk-burukkan gelaran ialah gelaran yang buruk ( yang boleh mengaibkan seseorang) sesudah ia beriman. Barang siapa yang tidak bertaubat (daripada pekerjaan mengejek dan menggelar seseorang serta menyakiti hati sesama Islam) maka mereka itu adalah orang yang zalim.."(Al Hujerat ayat 11)

Mendedahkan rahsia peribadi seseorang.

Setiap orang mempunyai rahsia peribadi tertentu yang ia tidak mahu diketahui oleh orang lain. Sekiranya rahsia peribadinya diketahui, ia akan merasa amat malu sekali. Atau kalau ada orang lain endedahkan rahsianya kepada orang lain atau kepada umum,menjadikan ia marah dan boleh menimbulkan pergaduhan dan pecah ukhwah. Maka sebab itu rahsia peribadi seseorang amat dilarang oleh Islam mencerita-kan kepada orang lain atau kepada umum,yang mungkin mengakibatkan harga diri seseorang itu jatuh atau menghilangkan kepercayaan orang lain terhadapnya. Sekiranya kita dapati ada seorang yang dipandang baik oleh masyarakat dan taat kepada Allah,namun ada segi yang lain ia mempunyai kelemahan peribadi tertentu.Umpamanya ia membuat sesuatu yang melanggar syariat,tetapi perbuatan itu tidak pula merugi dan berbahaya kepada masyarakat maka perbuatan itu dianggap sebagai rahsia peribadinya yang orang lain yang mengetahui rahsia itu tidak boleh,bahkan dilarang menyebar atau menceritakan kepada orang lain atau kepada umum. Akan tetapi sekiranya perbuatannya itu melanggar syariat itu boleh membahayakan masyarakat, maka tidak salah rahsia itu didedahkan kepada orang-orang tertentu atau kepada umum demi mengelak orang lain terkena bahaya dan tertipu.
Firman Allah SWT : "Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar berita perbuatan keji seseorang itu tersiar dikalangan orang yang beriman,maka bagi mereka (yang menyibarkan berita itu) azab yang pedih diakhirat." (An-Nur ayat 19)

Munafik

Orang munafik adalah orang yang zahirnya atau pada nampaknya adalah orang Islam dan memperjuangkan Islam tetapi dia sebenarnya menyembunyikan rasa benci kepada Islam dan memusuhi Islam.Diantara tujuannya ialah ia ingin mencapai sesuatu matlamat dirinya dari Islam sedangkan hatinya menolak Islam dan hukum hakamnya,menolak peraturan dan kaedah ibadahnya.Dalam al Quran tuhan menceritakan bahawa mereka akan mengaku memperjuangkan Islam jika mereka bertemu orang beriman,tetapi bila bertemu orang yang membenci Islam,mereka pun turut menyatakan kebencian mereka. Orang munafik ini ada di zaman Rasulullah dan ada dalam masyarakat kita.Perhatikanlah! Sabda Rasulullah: Sifat orang mukmin itu apabila ia berbuat dosa ia merasa seperti ada sebuah gunung di atas kepalanya yang akan menghempap dirinya,ia merasa amat takut lalu ia bertaubat. Sementara orang munafik,apabila ia berbuat dosa,dosanya dirasakan amat kecil seperti lalat yang terbang lalu ke hidungnya dan ia memandang remeh dan tidak merbahaya bagi dirinya. Riwayat Bukhari Dalam masyarakat kita hari ini,kita kerap bertemu orang-orang yang berdegar-degar bercakap mengenai Islam.Tetapi apabila peraturan hidup Islam dikenakan dan dikuatkuasakan,mereka berdegar-degar pula menetang.Bila diajak ke masjid,bila diajak ke majlis ilmu,bila diajak menyumbang kepada program ;mereka lantas bangkit menyebarkan penentangan.Apakah mereka boleh disifatkan seperti orang... .. Walluhu'aklam!

2 comments:

Ummi Izzah December 29, 2010 at 11:25 AM  

Mudah-mudahan mti dlm keadaan baik...

PReDicToR January 3, 2011 at 4:18 PM  

thanks atas perkongsian ini...

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen..

Followers

SILALAH KLIK IKLAN YANG DIPAPARKAN..

Popular Posts

PENAFIAN :

Saya adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini. Iklan-iklan yang dirujuk dalam laman blog ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh saya...

  © LAMAN UTAMA Dicipta oleh Rizal Yusof 2009

Kembali ke ATAS