Loading...
.
Home » » Menaikan Taraf Bola Sepak

Menaikan Taraf Bola Sepak

11 January 2011

Bola sepak? Siapa tak tahu permainan ini. Paling digemari oleh semua orang tak kira umur dan bangsa.. oleh itu saya ingin sekali berkongsi pandangan dan pendapat dari kawan-kawan yang ingin memberi komen dan cadangan untuk membangunkan bola sepak dari peringkat bawah lagi..

Saya ingin mengutarakan beberapa persoalan kepada sesiapa sahaja yang rasa ingin melihat perkembangan bola sepak negara kita. Bagi saya cetek ilmu di dalam bidang bola sepak, terdapat persoalan yang sering bermain dalam fikiran saya.
1. Macam mana Cristiano Ronaldo yang baru berusia 18 tahun sudah menjadi pemain professional?
a. Di Negara kita, usia 17 tahun baru sahaja lepas exam SPM.. ada masa setahun jer utk berlatih dan jadi pemain professional di usia 18 tahun.
b. Logik ker semua ini berlaku?
c. Sempat ke nak menguasai kemahiran asas bola sepak dlm masa 1 tahun?

2. Apakah tahap pendidikan yang dimiliki oleh Cristiano Ronaldo ?
a. Saya rasa Cristiano Ronaldo tak mempunyai ijazah… tapi mempunyai pendapatan yang lumayan kan ???
b. Sir Alex membeli Cristiano Ronaldo dari sebuah kelab sukan pada usia muda kan? Oleh itu dgn pemikiran saya yang cetek ini, di usia muda lagi Cristiano Ronaldo bukan nya berada di sekolah tetapi berada di sebuah kelab bola sepak..

Renungan bersama :

Pendidikan bagi saya adalah wajib diperingkat sekolah rendah dan sepanjang kita hidup. Saya berpendapat bola sepak negara akan maju sekiranya di peringkat SEKOLAH MENENGAH lagi kita mengasingkan murid-murid kepada 2 kumpulan :

Kumpulan 1 : Murid yang tak mau belajar tetapi dipaksa-paksa…dan berbakat dalam sukan.

Murid berbakat dan tak mau belajar, seeloknya kita menempatkan mereka ke sekolah sukan untuk mengasah bakat mereka dari awal lagi seperti Cristiano Ronaldo yang boleh menjadi pemain professional ketika usia 18 tahun.
Sekiranya ada negeri yang berminat untuk mengambil mereka menjadi skuad pelapis negeri masing-masing, di sinilah kita menjana aliran wang.
Kalau setiap negeri mengadakan sekolah sukan semata-mata ( bukan mengutamakan 5A baru boleh masuk sekolah sukan) pasti negeri tersebut mempunyai ramai murid menengah yang berbakat dan sempat melatih mereka utk menjadi professional.
Sama-sama lah kita fikir untuk menaikan taraf sukan negara kita…

Kumpulan 2 : Murid pintar @ murid yang mau belajar..

Kumpulan ini boleh meneruskan alam pendidikan seperti yang dilakukan sekarang.. Belajar, Exam , Universiti dan Kerjaya..

Komen dan cadangan dialu-alukan...

5 comments:

Anonymous,  March 21, 2010 at 12:13 PM  

kalau mat rempit ni dah di ambil masuk pusat latihan.. kan mesti mereka akan berlatih sungguh2. mereka tak takut mati...

Anonymous,  March 21, 2010 at 12:18 PM  

bola sepak akan maju jika kita bermula dari peringkat bawah lagi...

Anonymous,  May 2, 2010 at 4:45 PM  

saya setuju dgn pandangan ni n bole dikaji lagi utk meningkatkan taraf sukan dinegara kita

Anonymous,  October 30, 2010 at 10:50 PM  

mat rempit yg tak takut mati.. mmg sesuai masuk lumba motor.. br dia tau laju bole mcabut nyawa kalo tak kena cara.. hehe

Penggoreng January 12, 2011 at 9:27 PM  

banyak lagi nk kena buat sebenarnya..

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen..

Followers

SILALAH KLIK IKLAN YANG DIPAPARKAN..

Popular Posts

PENAFIAN :

Saya adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini. Iklan-iklan yang dirujuk dalam laman blog ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh saya...

  © LAMAN UTAMA Dicipta oleh Rizal Yusof 2009

Kembali ke ATAS