Loading...
.
Home » » Dapatkan Semula File Yang Terdelete Dalam Pen Drive

Dapatkan Semula File Yang Terdelete Dalam Pen Drive

18 April 2010

Pernah terdelete dokumen, gambar, fail tertentu? Jangan risau. Recuva (sebutan "Recover") adalah perisian yang admin akan sarankan kepada korang semua untuk mendapatkan semula file korang yang hilang. Sama ada korang terdelete dokumen, gambar atau fail-fail lain di komputer mahupun pendrive korang, Recuva mungkin boleh mengembalikannya. Jika bernasib baik, keadaan gambar atau fail tersebut akan wujud seperti yang asal.

Selain kelebihan tersebut, recuva juga adalah percuma dan mempunyai saiz yang kecil untuk korang muat turun.

Cara menggunakannya amat mudah :
1. Selepas muat turun dan install, korang perlu mengklik ikon di desktop korang dua kali untuk run program tu.

2. Pastu, korang pilih drive apa yang hendak di'recover' atau diselamatkan atau dikembalikan. Jika pendrive, pilih drive untuk pendrive korang.

3. Kemudian klik Scan. Tunggu sehingga Recuva selesai mengimbas drive tersebut.

4. Senarai fail yang boleh diselamatkan akan terpapar. Pilih fail yang berkenaan, dan klik Recover untuk kembalikan fail tersebut.

5. Lihat direktori tempat korang recover tadi untuk fail yang berjaya diselamatkan.

Banyak perisian seperti ini di internet, tetapi kebanyakkannya adalah berbayar. Cuma klik di sini untuk website memuat turun perisian tersebut, dan Klik "Download".

Antara perisian lain yang setara kegunaan seperti ini ialah Recover My Files, Get Data Back dan lain-lain lagi.

OK, selamat mencuba dan semoga berjaya.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen..

Followers

SILALAH KLIK IKLAN YANG DIPAPARKAN..

Popular Posts

PENAFIAN :

Saya adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini. Iklan-iklan yang dirujuk dalam laman blog ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh saya...

  © LAMAN UTAMA Dicipta oleh Rizal Yusof 2009

Kembali ke ATAS