Loading...
.
Home » » Buang Bayi Dalam Balang Plastik

Buang Bayi Dalam Balang Plastik

31 March 2010

KUALA LUMPUR: Janin sebesar dua jari dijumpai dalam balang plastik bertutup di hadapan pintu pagar, Tokong Foo Yan dekat Jinjang Utara, Jinjang di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, janin yang dipercayai lelaki itu dijumpai seorang lelaki yang juga penjaga di tokong itu kira-kira 11.30 malam ketika dia meronda di tokong itu.

"Janin yang masih bertali pusat dengan panjang kira-kira 10sm itu dianggar empat bulan dan cukup sifat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. Janin itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

3 comments:

Anonymous,  March 31, 2010 at 9:54 AM  

mmg dasyat dunia skrang ni kan ???

she March 31, 2010 at 2:59 PM  

macam2 style nak buang bayi..tak tau ke azab menanti?

md nasir March 31, 2010 at 3:37 PM  

salam..
org mcm nie kena buat hukuman yang sama apa yang dia buat kat baby tu..sumbat masuk botol gula-gula..
isk..x bleh tgk citer2 camnie,takut kena darah tinggi..geram sgt!!

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen..

Followers

SILALAH KLIK IKLAN YANG DIPAPARKAN..

Popular Posts

PENAFIAN :

Saya adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini. Iklan-iklan yang dirujuk dalam laman blog ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh saya...

  © LAMAN UTAMA Dicipta oleh Rizal Yusof 2009

Kembali ke ATAS