Loading...
.
Home » » Berzikir Senjata Mengatasi Iblis

Berzikir Senjata Mengatasi Iblis

06 April 2010

Ibnu Jauzah menggambarkan pertarungan di antara manusia dan syaitan dengan kata-kata indah: “Ketahuilah, sesungguhnya hati itu laksana satu benteng yang di atasnya dikelilingi oleh pagar. Pada pagar itu ada pintu dan celah.


Penghuninya adalah akal dan malaikat mengawal benteng itu. Di sekitarnya ada ‘rabadh’ iaitu tempat yang dihuni oleh hawa nafsu, syaitan juga menempatkan ruang itu tanpa rintangan.”

Begitulah pertarungan antara akal dan nafsu, syaitan dan keimanan, yang tidak pernah berhenti sejak terciptanya manusia.

Kelicikan iblis merayu manusia sungguh hebat. Malah, makhluk Allah yang derhaka itu diberi kelebihan mampu mengubah cara, taktik, strategi dan bentuknya sesuai dengan keadaan manusia. Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesungguhnya syaitan berjalan pada manusia di pembuluh darah.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Seseorang bertanya pada Hassan Al Basri: “Adakah iblis itu tidur?” Beliau menjawab: “Jika dia (iblis) tidur, dapatlah kita beristirehat.”

Bagaimana kita dapat menyelamatkan diri daripada syaitan yang menyesatkan ini? Senjata paling ampuh ialah berzikir.

Ibu Abbas berkata, syaitan itu seperti virus penyakit di hati manusia. Apabila manusia lalai dan lupa, syaitan beraksi dan apabila manusia ingat pada Allah, ia menyorok.

Sebuah hadis ada menerangkan mengenai Nabi Yahya menyuruh Bani Israil melaksanakan zikir:

“Aku perintahkan kamu semua supaya berzikir pada Allah. Kerana sesungguhnya orang yang banyak berzikir adalah seperti seseorang yang dicari jejaknya oleh musuh yang begitu cepat. Sehingga dia sampai ke benteng yang kukuh, dia berlindung diri daripada musuhnya di dalam benteng itu.”

Demikian juga seseorang hamba tidak dapat menyelamatkan dirinya daripada syaitan kecuali dengan berzikir kepada Allah.

Begitulah kekuatan zikir dalam mengatasi segala tipu daya iblis dan syaitan yang direjam.

Ingatan manusia pada Allah adalah pendinding paling kukuh, manakala kelalaian pula bagaikan pintu yang menjemput kedatangan syaitan untuk merosakkan insan.





1 comments:

BUJANG SUSAH April 6, 2010 at 1:09 PM  

Cuba tengok kat sini>>> http://hakimtea.com/tutorial/membuat-readmore-di-blogger/

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen..

Followers

SILALAH KLIK IKLAN YANG DIPAPARKAN..

Popular Posts

PENAFIAN :

Saya adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini. Iklan-iklan yang dirujuk dalam laman blog ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh saya...

  © LAMAN UTAMA Dicipta oleh Rizal Yusof 2009

Kembali ke ATAS